Inilah Ustaz Mohd Hanafiah bin Hj Idris (pertama dari kiri) yang mengajar kamek semasa di Lenggong dulu kitab Qanun Jinayah Syar’iyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith oleh Haji Sa’id bin Hj Ibrahim bekas mufti Negeri Sabah.

Hukuman Hudud adalah Hukuman Allah yang telah ditetapkan dan ditentukan hukumannya didalam Quran dan Hadith.Dan adalah juga Haq Allah yang tidak boleh diistilahkan hukuman hudud itu selain dari hudud Allah,kerana di dalam Quran dan hadith hukuman hudud itu hanya satu sahaja,tidak ada hukuman hudud yang lain lagi.

Hukuman hudud yang berteraskan Quran dan hadith tidak boleh diketepikan dan tidak boleh dihalang perlaksanaannya oleh undang-undang yang dibuat oleh manusia,kerana undang-undang yang digubal oleh manusia itu tidak boleh mengatasi undang-undang Allah dan menolak Wahyu Ilahi.

Hudud

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud.

1.Berzina,iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukunm syara’.

2.Menuduh orang berzina (qazaf),iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

3. Minum arak atau minuman yang memabukkan,samada sedikit atau banyak ,mabuk atau tidak.

4.Mencuri ,iaitu memindahkan secara tersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

5.Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau perkataan,atau dengan iktikad kepercayaan .

6. Merompak (hirabah),iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

7. Pendurhaka (bughat)iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hokum-hukum Allah.


Qisas

Hukuman Qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas bunuh(nyawa dibalas dengan nyawa),melukakan dibalas dengan luka,mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Diyat

Hukuman Diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan Qisas.Hukuman Diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan RasulNya di dalam Quran dan Hadith sebagai ganti rugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaann anggota badan ,atau melukakannya.

Ta’zir

Ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,iaitu penjinayah-penjinayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.Hukuman ta’zir dalam qanun jinayah syar’iyah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran dan Hadith.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman ta’zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjinayah-penjinayah itu,kerana hukuman ta’zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjinayah-penjinayah mengulangi kejahatan yang mereka lakukan tadi-bukan menyiksa mereka.

InsyaAllah suatu hari nanti undang-undang Islam akan terlaksana di bumi Malaysia…takbir Allahuakbar.