Selamat Datai..tak mandang

Friday, April 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Pekerja.....kepada semua yang bekerja tak kira kerja apa...

Posted on 9:45 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Tuesday, April 27, 2010

Kisah seorang abid (ahli ibadah) yang di ganggu syaitan.


Maka apabila masuk waktu solat, maka syaitan membisikkan ke hati abid tersebut, “Tak perlulah engkau solat, engkau tu letih, banyak kerja ko buat tadi, rehat aje, penat lah, solat ni menyusahkan aje”. Tetapi abid itu menjawab dalam hatinya “Tak boleh, aku mesti solat, solat itu wajib, jika aku tak solat, ke nerakalah jawabnya”

Tetapi syaitan itu tak berputus asa, dibisikkan lagi “ Kalau begitu ko solat lah lewat sikit, masih awal lagi, waktu untuk solat masih panjang, rileks lah dulu”. Abid menjawab “Tak boleh, aku mesti bersegera untuk bersolat, kalau aku sengaja melewatkan solat, maka aku akan berdosa, dan jika aku melewatkan juga solat mungkin aku akan dijangkiti malas”.

Syaitan berbisik “kalau begitu bersegeralah kamu solat, dan percepatkanlah solat mu agar segera selesai”. Abid menjawab “Tak boleh, aku tak boleh mencuri-curi dalam solat, aku perlu memperlahankan solat agar aku kusyuk”.

syaitan berbisik lagi “ Jika begitu, perlahankanlah solat mu agar orang lain dapat melihat kerajinan dan ke ‘alim’an mu”. Abid menjawab lagi “ tidak cukupkah Allah sahaja yang menilaiku, masihkah aku perlu perlu penilaian dari makhluk?, aku tidak akan membiarkan diriku menjadi riak, dan aku berlindung pada Allah dari sifat itu”.

syaitan berbisik lagi “ maka engkau adalah orang yang paling rajin beribadah dan tidak riak, dan akan mendapat tempat di sisi Allah nanti berbanding mereka semua, engkau adalah yang paling baik berbanding mereka”. Abid menjawab “aku sesekali tidak akan membiarkan diriku bersifat ujub, dan aku berlindung pada Allah dari sifat itu”.

Syaitan berbisik lagi “maka sempurnakanlah ibadah mu dengan sempurna yang paling sempurna, adakah betul bacaan mu itu? Bukankah bacaannya begini dan begitu?”, lalu sang abid pun merasa ragu dalam bacaannya dan mengulang semula bacaan tersebut.

syaitan berbisik “bukankah beberapa urusan dunia mu belum selesai? Adakah engkau ingat itu dan ini?” , lalu sang abid pun teringat urusan dunianya dan menjadi lalai lalu tidak kusyuk dalam solatnya.

Kesempatan ini diambil oleh syaitan untuk membisikkan “sudah berapa rakaat kamu bersolat?”. Maka sang abid tersedar dari lamunannya tetapi sudah terlupa berapa rakaat dia sudah solat. Lalu abid berkata dalam hatinya “ini tidak lain adalah was-was dari syaitan, aku berlindung pada Allah dari gangguan mereka ketika solatku”.

Kesimpulan dari cerita ini, serangan dari syaitan bukan satu atau dua langkah tetapi berlangkah-langkah dan penuh tipu muslihat. Berhati-hatilah.

Kunci untuk melawan was-was adalah;

a) Ilmu agama yang tinggi.
b) Hafalan ayat-ayat Al-Quran yang baik.
c) Doa pelindung.
d) Amalan pendinding diri dengan zikrullah dan ayat-ayat Al-Quran.

## al-aboue

Posted on 7:06 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Monday, April 26, 2010



Selamat Hari Lahir pada anaknda berdua AQIL & NABIHAH pada 12hb Rabiulawal 1431 bersamaan 21hb April 2010 genap umur 5 tahun didoakan sihat sejahtera....amin

Posted on 11:00 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Wednesday, April 21, 2010

Hasil pertama buah kelapa sawit FB Kg Sepupok.


tetap subur walaupun hujan tak turun di Kg Sepupok.



Buah kelapa sawit FB Kg Sepupok akan dihantar ke kilang GALASAH POM 120km Miri / Bintulu Road.


Pengurus Kilang SOP Lambir,Pengurus Felcra Berhad Kawasan Miri En Roslan,Pengawai Pemasaran En Izam Sedang berbincang di pejabat Kilang SOP Lambir mengenai BTS Bungai Mummong , Keluru serta Kg Sepupok yang baru mengeluarkan hasil.

Pengurus Kawasan Miri En Roslan sedang menyampaikan bantuan Program Pembentukan Generasi Wawasan bagi tahun 2010,sumbangan diberikan kepada peserta-peserta Felcra yang miskin di sekitar Bekenu.Bantuan keperluan harian seperti beras,minyak,gula,tepung dll dengan kadar seorang RM 284.50


Posted on 11:07 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Sunday, April 18, 2010



Surau Nur Islam di bina oleh Persatuan China Islam Sarawak untuk kemudahan penduduk tempatan dan musafir yang melalui jalan Miri - Bintulu
Lokasinya 15km sebelum sampai bandar Bintulu.Dahulunya kawasan ini ramai orang Islam yang mendiami kampong ini.....kini tinggal beberapa buah rumah sahaja yang ada.

Posted on 6:25 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Thursday, April 15, 2010


Inilah jalan dari Kampong Beraya ke Kampong Keluru ...jalan ini sepanjang 200 meter sahaja mengambil masa yang lama untuk disiapkan....

Menyukarkan anak-anak untuk ke sekolah dan aktiviti harian.....apakah jalan orang kampong lambat untuk disiapkan.....

Bahaya Tanah Runtuh .....di Bukit Pacu Majid....


Berhati - hatilah .....tunggulah....sampai bila mau siap.......




Posted on 5:10 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Wednesday, April 7, 2010

Masukkan sumbangan derma ke dalam akaun AMAL Sarawak:(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference: BIMB 11022010032002)

[Sila sms ke 016-8909717 selepas bank-in untuk rekod.]

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan SarawakLot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, SarawakNo. Telefon: 016-8909717Email: amalsarawak@yahoo.com.my

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:
“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

Posted on 9:35 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

1 comment

Sunday, April 4, 2010

Jaga-jaga Yop titi ni kecil.....parit tu dalam nak beri bantuan pada seorang penerima berbangsa Iban.

teman bersama Ust Nik Abduh Nik Aziz

Gambar sebelum memberi bantuan di sekitar Tudan.


Penerima bantuan ini seorang yang cacat penglihatan,kencing manis,darah tinggi,sakit buah pinggang,ditinggalkan suami.....setelah sakit....bantulah kami...


Saudara Arif bersama Abg Nazri dengan orang-orang kampong Tudan.


Yang susah tidak dilupakan


khusyuk mendengar ceramah......

Ust Nik Abduh sedang menyampaikan ceramah.....


Orang muda bersama PAS.......


Pasang bendera Yop........Bulan mengambang di Miri...

Posted on 11:20 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments