Selamat Datai..tak mandang

Monday, August 31, 2009

Majlis Penyampaiaan Dividen Felcra Berhad Wilayah Sarawak gak Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan,Sarawak

Ketua Peserta FB Bungai Mummong En Kipli bin Ali wakil menerimak replika cek dividen bagi FB Kawasan Miri.FB Kawasan Miri pekena cek dividen RM 311,801.96.Majlis yen diadakan gak Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan Sarawak 28 lau bulan Ogos 2009.

Penyampaiaan dividen yen sibet sempena menyambut bulan ramadhan jahak da ta'e agei bak menyambut rayak.Majlis mula jahak sungkai iw gak takan senedia sebelum sembieng terawih dagen masjid Al-Muttaqin.

Yang Berhormat Datuk Mohd Leo,Yang Berhormat Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman,Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu anak Belaun,Encik Ali bin Mohamad Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Wilayah bei kawak dagen majlis yen.

Peserta-peserta keman Felcra Berhad Betong,Mukah,Metading,Saratok,Samarahan,Lundu,Asajaya,Sibu,Belimbing,Matu,Sadong Krang temasuk Miri dan Pengurus Kawasan masing-masing jahak staf Felcra Berhad berkumpul sembieng terawih sama-sama.Selepas sembieng terawih solat Isyak,majlis pidok 'mockcek' pun mula dengan ucapan keman Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Yang Berhormat Mohd Naroden Majais sebagai wakil Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Majlis yen kajih pada pukul 11.00 malam jahak acara makan malam sebagai pengakhir acara.Acara pidok cenderahati pun bei sebagai penghargaan gak setiap peserta wak tapak temasuk gak wakil-wakil setiap jabatan.(Bahasa Melanau Mukah)

Posted on 10:37 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Saturday, August 29, 2009



Inilah Ustaz Mohd Hanafiah bin Hj Idris (pertama dari kiri) yang mengajar kamek semasa di Lenggong dulu kitab Qanun Jinayah Syar’iyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith oleh Haji Sa’id bin Hj Ibrahim bekas mufti Negeri Sabah.

Hukuman Hudud adalah Hukuman Allah yang telah ditetapkan dan ditentukan hukumannya didalam Quran dan Hadith.Dan adalah juga Haq Allah yang tidak boleh diistilahkan hukuman hudud itu selain dari hudud Allah,kerana di dalam Quran dan hadith hukuman hudud itu hanya satu sahaja,tidak ada hukuman hudud yang lain lagi.

Hukuman hudud yang berteraskan Quran dan hadith tidak boleh diketepikan dan tidak boleh dihalang perlaksanaannya oleh undang-undang yang dibuat oleh manusia,kerana undang-undang yang digubal oleh manusia itu tidak boleh mengatasi undang-undang Allah dan menolak Wahyu Ilahi.

Hudud

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud.

1.Berzina,iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukunm syara’.

2.Menuduh orang berzina (qazaf),iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

3. Minum arak atau minuman yang memabukkan,samada sedikit atau banyak ,mabuk atau tidak.

4.Mencuri ,iaitu memindahkan secara tersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

5.Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau perkataan,atau dengan iktikad kepercayaan .

6. Merompak (hirabah),iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

7. Pendurhaka (bughat)iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hokum-hukum Allah.


Qisas

Hukuman Qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas bunuh(nyawa dibalas dengan nyawa),melukakan dibalas dengan luka,mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Diyat

Hukuman Diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan Qisas.Hukuman Diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan RasulNya di dalam Quran dan Hadith sebagai ganti rugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaann anggota badan ,atau melukakannya.

Ta’zir

Ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,iaitu penjinayah-penjinayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.Hukuman ta’zir dalam qanun jinayah syar’iyah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran dan Hadith.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman ta’zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjinayah-penjinayah itu,kerana hukuman ta’zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjinayah-penjinayah mengulangi kejahatan yang mereka lakukan tadi-bukan menyiksa mereka.

InsyaAllah suatu hari nanti undang-undang Islam akan terlaksana di bumi Malaysia…takbir Allahuakbar.

Posted on 1:11 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Wednesday, August 26, 2009


Satu malam mendapat Lailatulqadar yang bersamaan seribu bulan...atau 83.33 tahun adakah umur kita sampai atau pun tidak yang kini berbagai penyakit menyerang umat manusia...


Kata sesetengah ulama,malam Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan.Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar sehingga berlaku pada malam tersebut Rasulullah SAW sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu.

Ada sesetengah ulama tidak menentukan secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.


Menurut mereka,sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Rabu atau Ahad maka Lailatulqadar ialah pada hari Ke-29.


Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa,ia jatuh pada hari Ke-27


Jika permulaan puasa jatuh pada hari Khamis,Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadhan.


Sekiranya awal puasa pada hari Sabtu,maka Lailatulqadar jatuh pada hari Ke-23


dan jika awal puasa pada hari Isnin,maka Lailatulqadar jatuh pada malam Ke 21.


Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hassan r.a.Tegas beliau:Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.


Tanda dan alamatnya adalah banyak,antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup bersepoi-sepoi dan esoknya pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.


Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam lailaturqadar tersebut,maka eloklah diperbanyakan doa dan istigfar juga ibadat pada malam dan keesokanya,untuk mendapat fadhilat hari yang penuh berkat dan mulia itu.

Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat sekurang-kurangnya bersolat berjemaah setiap waktu Maghrib,Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti pasti memperoleh fadilat Lailatulqadar.Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan Al-Mubarak ini.Wallahualam.

Posted on 6:50 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Thursday, August 20, 2009

" Assallammualaikum semua..Puasa Ramadhan bagi tahun ini jatuh pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H..Hari Sabtu ini..Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dan agar kita semua dapat menambahkan lagi ibadah kita kepada Allah SWT

"Oleh: abu-dubeis"
1 Jauhilah Dosa. Tinggalkan perkataan dan perbuatan buruk –jika tidak pahala puasa terhapus. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 – Fath al-Bari).

2 Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

3 Sahur adalah penting. Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur.Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). (Rujuk- Muslim, 2/770, Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim , Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).).

4 Tahajud. Sekurang-kurangnya bangun lebih awal sebelum Sahur untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

5 Solat. Berjemaah khususnya solat subuh

6 Al-Quran. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang

7 Doa Sebelum dan hingga Semasa Berbuka. Banyakkan & panjangkan. (Rujuk Riwayat Ibn Majah; Sohih)

8 Doa sepanjang waktu berpuasa. (Rujuk- Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dll)

9 Segera Berbuka. Bila masuk waktunya. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

10 Berbuka dahulu sebelum solat . (Rujuk- Abu Ya’la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

11 Berbuka cara terbaik. (1) beberapa biji Kurma Rutab (Basah), jika tiada, beberapa biji Tamar (Kurma Kering), jika tiada, Air (air kosong ). ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

12 Sediakan Juadah Berbuka Untuk Orang Lain. Khususnya orang miskin. (Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

13 Solat Terawih. (1) berjemaah (2) sendirian (3) masjid atau rumah.

14 Siwak-Sugi. Perbanyakkan bersiwak. (Menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). (Hadis Sohih –riwayat al-Bukhari).

15 Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur (Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai).

16 Solat witir. Waktu terbaik ditunaikan adalah bagi menutup segala solat sunat. Lebih baik dilewatkan diakhir malam, jika mampu.

17 Menjaga Aurat Sentiasa. Termasuk Semasa Solat Terawih, Isyak dan Subuh. Khusus untuk kaum wanita kerana didapati ramai yang terdedah aurat dan kakinya seperti semasa menaiki tangga masjid dll.

18 Mandi atau Menjirus Air Kepada Kepala dan Badan. Tidak dilarang, bahkan Nabi ada menjirus air keatas kepala baginda disebabkan dahaga dan panas.

19 Alakadar. Makan dan minum dengan kadar yang tidak berlebihan. (Rujuk Surah al-Araf :31)

20 Doakan Juga Orang Yang Menjamu Kita Berbuka. (Riwayat Abu Daud)

21 Sunat dhuha. Jgn dilupa.

22 Batalkan Pahala Puasa. Jauhi daripada perkar aynag membatalkan atau menjejaskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, menghasut, menjaga syahwat, jaga pandangan, dan lain-lain.

23 Jgn Banyak Tidur Siang Hari. Imam Assayuti menegaskan bahawa hadis –tidur orang berpuasa adalah ibadah adalah lemah.(al Jami-as Soghir, Faidul Qadir-al Munawi)

24 Halalan & Toyyiban. Jika terpaksa dan nak juga beli, pastikan makanan dibeli daripada syarikat bukan muslim, halal dan baik.Rujuk http://www.halal.gov.my/maklumat_persijilan.php.

25 Mohon Ampun Sentiasa. Bertaubat dan mohon ampun kepada Allah sesungguh-sungguhnya kerana terdapat riwayat Hadis di mana Malaikat jibril mendoakan kecelakaan kepada orang yang, Ramadannya berlalu tanpa mendapatkan keampunan daripada Allah.Ihsan Info Dari Laman Web Ustaz Zaharuddin dan Dr Asri dll. Sila kunjungi untuk pendetailan dan maklumat lebih tepat serta rujukan nas.
Abu-dubeishttp://abu-dubeis.blogspot.com
"

Posted on 8:29 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Berbakti pada orang Kampong Kawasan Tiris


Bersama Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Sarawak En Ali bin Mohamad dan penduduk Kg Tiris Bekenu.



bersama staff dan AJKKP


Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Sarawak En Ali bin Mohamad bersama YB Puan Rosey Adun Bekenu juga peserta Felcra Berhad Bungai Mummong,Pengurus Kawasan Miri En Said bin Kasim,Ketua Peserta Felcra Berhad Bungai Mummong En Kipli bin Ali menanti ketibaan Yb Menteri KKLW Dato'Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal.

Ketibaan Menteri bersama penduduk Kg Tiris,juga kehadiran PBW En Ali bin Mohamad,PK En Said bin Kasim.Kewujudan Kawasan Tiris sejak tahun 1899 lagi terdapat 6 buah kampong,terdiri 240 buah rumah,1400 orang penduduk,berketurunan Kedayan beragama Islam,1 buah rumah panjang Rumah Entri, 75 buah pintu rumah ,9oo orang yang mendiami rumah panjang tersebut .
Kawasan Tiris mempunyai 1 buah sekolah rendah,1 buah tadika,3 buah surau dan 1 balai raya untuk kegunaan penduduk.Pekerjaan penduduk sebagai petani dan kerja kampong.Kawasan Tiris mempunyai bekalan letrik luar bandar tetapi tidak mempunyai bekalan air bersih penduduk kampong mengharapkan air hujan sebagai minuman ini kerana air sungai yang kehijauan adalah masin yakni air laut..

Bersama anak anak Kampong Kawasan Tiris

Menteri pun naik motorsikal melawat kampong.

PBW En Ali pun naik motor,melawat kampong ......

ok beri laluan...

dah nak balik Kuching sambut puasa...

Posted on 6:03 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Tuesday, August 11, 2009


Menteri Besar Yang Mencintai Ilmu

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India , mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis dan lain-lain. Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris. Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir.

Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. Perkhidmatan Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'hoad Muhamadi, Jalan Merbau, Kota Bharu. Bidang Politik Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang. Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil. Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya 'Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian' dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma'had Muhamadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu 'Halakat pengajian' yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma'had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah. Seorang Petah Bercakap Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato.

Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung. Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan.

Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Abia'.

Penghargaan Beliau mendapat penghargaan: 1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim. 2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma'illi) SJMK yang membawa gelaran Dato' pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama. Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya.

Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau. Ahli Parlimen yang komited Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat. Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan contoh Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu. Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini.

Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.

Posted on 9:50 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Monday, August 10, 2009


jerubu anik bilak kan hilang lagik,ndak tahan hidung anik kan menghidu asap yang free..daripada
ladang yang hangus dan kawasan tanah gambut..sasak nafas ...anik adalah jalan di Kg Pejuang Kelulit..




anik adalah kesan ladang Felcra Bhd Kpg Sepupok yang terbakar.

Dua uwang pekerja ladang anik sedang menyeppray umput yang hangus ..


Anik adalah banih pokok sawit yang hangus ,terluih darik ladang yang hangus.Teman guna bahasa Kedayan...



Posted on 9:34 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments



Ketua Peserta Felcra Berhad Bungai Mummong En Kipli bin Ali (duduk di kiri) bersama dengan pekerja pekerja tempatan untuk membaja MOP.

Posted on 9:29 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Inilah Ketua Peserta Felcra Berhad Kampong Keluru Cik Norkiah binti Jaafar adalah satu satunya Ketua Peserta Felcra Berhad wanita di Sarawak.Beliau seorang yang kuat bekerja tidak hairanlah kesemua pekerja Felcra Bhd Kg Keluru adalah wanita..tengoklah 2 orang pekerja sedang pikul baja NPK naik bukit turun bukit lagi....








Posted on 9:13 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Monday, August 3, 2009






Sumbangan FELCRA BERHAD melalui anak Syarikat FELCRA Agro Industri. Sdn Bhd.

Penghantaran bantuan tangki air ke kampong kampong di Pulau Bruit bermula pada 21hb Julai 2009.Penghantaran hingga kini berjumlah 1100 unit ke 4 buah kampong.Kerja kerja pembekalan akan berterusan sehingga penghujung September 2009.Semoga bekalan tangki air ini dapat membantu penduduk kampong kampong di Pulau Bruit menyimpan air untuk kegunaan harian terutama di musim musim perayaan.

Posted on 8:14 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments