Satu malam mendapat Lailatulqadar yang bersamaan seribu bulan...atau 83.33 tahun adakah umur kita sampai atau pun tidak yang kini berbagai penyakit menyerang umat manusia...


Kata sesetengah ulama,malam Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan.Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar sehingga berlaku pada malam tersebut Rasulullah SAW sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu.

Ada sesetengah ulama tidak menentukan secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.


Menurut mereka,sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Rabu atau Ahad maka Lailatulqadar ialah pada hari Ke-29.


Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa,ia jatuh pada hari Ke-27


Jika permulaan puasa jatuh pada hari Khamis,Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadhan.


Sekiranya awal puasa pada hari Sabtu,maka Lailatulqadar jatuh pada hari Ke-23


dan jika awal puasa pada hari Isnin,maka Lailatulqadar jatuh pada malam Ke 21.


Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hassan r.a.Tegas beliau:Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.


Tanda dan alamatnya adalah banyak,antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup bersepoi-sepoi dan esoknya pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.


Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam lailaturqadar tersebut,maka eloklah diperbanyakan doa dan istigfar juga ibadat pada malam dan keesokanya,untuk mendapat fadhilat hari yang penuh berkat dan mulia itu.

Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat sekurang-kurangnya bersolat berjemaah setiap waktu Maghrib,Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti pasti memperoleh fadilat Lailatulqadar.Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan Al-Mubarak ini.Wallahualam.