Selamat Datai..tak mandang

Tuesday, September 21, 2010

Selamat menjamu selera YB...semua sedap-sedap....
Sumbangan duit raya kanak2.....seronok dpt duit ...










Jom Ke rumah terbuka PAS Miri Kawasan Miri

Pada : 26hb Sept 2010

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Lot 6751, Fasa 5,Desa Senadin










Turut bersama : Yb Salahuddin Ayub ( Naib Presiden PAS )

Posted on 6:12 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Monday, September 20, 2010

Jemput Hadir
Masjid Al Firdaus Taman Tunku

Tentatif Program

Malam Gema Munajat

25/9/2010 Sabtu

7.40pm : Solat isya’ berjemaah

Setiap anak adam itu berdosa(bersalah)… sebaik-baik orang yang berdosa itu ialah orang yang bertaubat
(Maksud Hadith)

8.05pm : Ucapan perasmian
Pengerusi Masjid al-Firdaus Taman Tunku

8.30pm : Sessi muhasabah bersama
Ust Nik Shazmizi b Nik Sin

10.00pm : Kumpul Daya
Bermalam di masjid al-Firdaus Taman Tunku

26/9/2010 Ahad (Pelajar,ibubapa digalakkan tidor di Masjid)

3.00 am : Bangun dan persiapan untuk Qiamullail.

3.30 am : Qiamullail Bersama Ustaz Hatta
- Solat Tahajjud
- Solat Taubat
- Solat Hajat (PMR,SPM & STPM,Lain-lain Hajat)
- Solat Witir

5.00 am : Solat Subuh Berjemaah dan Kuliah Subuh –Ustaz Zaid

6.30 am : Sarapan Pagi

Firman Allah yang bermaksud :
Dan apabila bertanya kepadamu ( Muhammad) oleh hamba-hambaku tentang aku , (maka katakanlah) sessungguhnya Aku ( Allah) sangat dekat (kepada hamba-hambanya untuk memperkenankan doa dan permintaan mereka)

Posted on 10:29 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Wednesday, September 1, 2010

Kata sesetengah ulama,malam lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan.Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah SAW sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu.


Ada sesetengah ulama tidak menentukan secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Jika permulaan puasa Hari Ahad @ Rabu maka Lailatuqadar jatuh pada hari yang ke 29

Sekiranya permulaan puasa Hari Jumaat @ Selasa maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke 27

Sekiranya permulaan puasa Hari Khamis maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke 25
Sekiranya permulaan puasa Hari Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke 23
Sekiranya permulaan puasa Hari Isnin maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke 21
Tanda dan alamat berlakunya malam Lailatulqadar adalah antaranya ialah malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram,angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya,pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam macam lagi.
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakan doa dan istighfar juga ibadat malam dan keesokannya,untuk mendapat berkat dan mulia itu.
Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat,sekurang kurangnya solat berjemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak, dan Subuh kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar.
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama dibulan Ramadan Al Mubarak ini.Wallahualam.
.

Posted on 12:06 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments