Kata sesetengah ulama,malam lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan.Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah SAW sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu.


Ada sesetengah ulama tidak menentukan secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Jika permulaan puasa Hari Ahad @ Rabu maka Lailatuqadar jatuh pada hari yang ke 29

Sekiranya permulaan puasa Hari Jumaat @ Selasa maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke 27

Sekiranya permulaan puasa Hari Khamis maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke 25
Sekiranya permulaan puasa Hari Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke 23
Sekiranya permulaan puasa Hari Isnin maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke 21
Tanda dan alamat berlakunya malam Lailatulqadar adalah antaranya ialah malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram,angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya,pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam macam lagi.
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakan doa dan istighfar juga ibadat malam dan keesokannya,untuk mendapat berkat dan mulia itu.
Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat,sekurang kurangnya solat berjemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak, dan Subuh kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar.
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama dibulan Ramadan Al Mubarak ini.Wallahualam.
.