Selamat Datai..tak mandang

Sunday, February 28, 2010

Singgah le di blog www.pas-miri.blogspot.com.

Bersama Yb Khalil Idham Lim depan pintu masuk pejabat PAS
Majlis Perasmian Pejabat PAS dan memotong riben


Sesi penerangan dan dialog


Bergambar dlm pejabat....


Dihadapan rumah teman bersama Yb Khalil Idham Lim,Jiran Kamek En Kong.

Posted on 5:58 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Friday, February 26, 2010

antara cek mek molek yang ahdir

peserta Muslimah dari Masjid Taman Tunku,Miri

Segak bergaya Ustaz Muzaha


Kreatif dan menarik



Bersama jemaah Masjid Taman Tunku,Miri.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah..

Posted on 3:49 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Telefon berdering dering meminta dijawab dengan segera ada kecemasan agaknya waktu tersebut menunjukan 12.30 tengahmalam.Saya yang tidur awal disebabkan keletihan menguruskan jenazah TKI pada petangnya.Panggilan dijawab meminta saya ke rumah sepupu pelajar yang saya rawat sebelum ini telah kerasukan lagi...sebelum memulakan perjalanan saya menunaikan solat hajat agar permudahkan proses rawatan....amin.
Sahabat yg telefon tadi datang mengambil saya untuk ke Tudan,yang jarak perjalanan 30 minit untuk sampai tetapi mengambil masa sehingga 1 jam yang berpusing pusing tidak berjumpa rumah.Sebaik sampai di rumah kelihatan pelajar ini telah kerasukan oleh ibu jin yang mencari anaknya bernama Ruth.Saya dimaklumkan bahawa Ustaz Nazmi telah merawat pelajar ini selepas Maghrib dan telah berjaya mengislamkan Ruth dengan diberi nama Mohd Hakim atas persetujuan dihantar ke Serambi Mekah.
Sambil berpusing pusing mencari anaknya yang hilang ,saya dakwahkan tentang Islam dan beriman kepada Allah.Ibu Mohd Hakim tidak mahu masuk masuk Islam katanya ' Islam adalah musuh Kristian..'sambil berdoa kepada Allah agar diberi ilham untuk menyelesaikan gangguan ini ..Saya bertanya pada jin ini ...
Saya : adakah suami kamu ikut sama ?
Jin : ya ...dia ada diluar.
Saya : Panggilkan suami kamu aku ingin berdialog dengannya
Jin : dengan suara yang garau dan kasar.
Saya : Siapa kamu ?
Jin : Aku adalah bapa kepada Ruth dan bernama Simon dimana anakku sekarang.
Saya : Anak kamu telah mendapat hidayah dari Allah dan telah Islam bernama Mohd Hakim sekarang berada di Serambi Mekah.Saya dakwahkan tentang Islam dan beriman kepada Allah.Jika kamu mahu berjumpa dengan anak kamu hendaklah memeluk Agama Islam.Atas keinsafan jin ini bersetuju untuk memeluk Agama Islam....dengan lafaz mengucap dua Kalimah Syahadah sahlah jin beragama Islam .Simon saya tukar nama kepada Mohd Sulaiman dan isteri nya bernama Siti Maryam.....mereka bersumpah dengan nama Allah tidak akan menggangu manusia lagi....akhirnya saya keluarkan dan menghantar ke Serambi Mekah...2jin kristian telah dapat diIslamkan... Subhanalllah.....Alhamdulillah..Allahuakbar...
Sambil terkejut pelajar ini bertanya apa yang terjadi....dan masih lemah saya memberikan secawan air agar cepat pulih .Setelah minum secawan air yang telah dirukyah ......berlaku dialog .. kenapa dalam badan saya ada gelembong-gelembong bergerak-gerak.Saya terus rukyah terjadilah dialog....
Saya : Siapa kamu...
Jin : Aku dihantar oleh tuan aku untuk menggangu pelajar ini.
Saya : Kamu dari mana dan apa agama kamu
Jin: Aku datang dari Pahang ,tiada agama ,berumur 200 tahun dan tuan aku wanita beragama Islam.
Saya: Saya dakwahkan jin ini tentang Islam dan Beriman kepada Allah....
Jin : aku nak keluar tapi terikat di belakang dan dlm perut
Saya : berdoa putuskan ikatan sihir dan beri perlindungan
Jin : akhirnya bersetuju memeluk Islam di beri nama Siti Aminah....dan bersumpah dengan nama Allah tidak akan menggangu manusia lagi......
Saya: Subhanallah...Alhamdulillah....Allahuakbar.....1 jin yang tiada agama telah di Islamkan menjadikan 3 jin telah beriman kepada Allah.

Posted on 2:07 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Saturday, February 20, 2010

Semasa pulang dari Ladang Sepupok Niah,telefon berdering ada panggilan masuk dari En Aziz bahawa isteri seorang pekerja telah meninggal dunia...Inalillah.Beliau meminta untuk menguruskan jenazah tersebut untuk memandikan,kafan,sembahyang jenazah ,talqinkan dan kebumikan.
Perjalanan ke Ladang Felcra Sg Entulang.
Ya Allah permudah urusan kami, saya telefon Ustaz Muzaha dari SMK Sains Miri untuk mengimamkan solat jenazah dan baca talqin Alhamdulillah beliau bersetuju.Selepas solat jumaat di Bekenu saya menjemput Ustaz Muzaha yang berada di Miri terus membawa ke ladang Sg Entulang.
Sampai di rumah Jenazah kami melihat ramai sahabat handai datang ziarah terutama dari keturunan Bugis.Jenazah telah siap dimandikan dan dikafankan .Perbincangan diadakan untuk menentukan solat dimana..keputusan telah diambil solat di Surau Kejapil.
menanti untuk disembahyangkan diimamkan oleh Ustaz Muzaha.
Jenazah di turun kedalam liang lahat.
mempastikan kerja kerja pengkebumian berjalan lancar dan betul.
Ustaz Muzaha sedang membacakan talqin untuk hadirin termasuk saya untuk dijadikan iktibar tentang kejadian manusia dan alam akhirat.
Berakhirlah kehidupan di dunia dan sedang melalui alam barzakh...moga ditempatkan bersama orang orang beriman ....amin

Posted on 4:29 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Thursday, February 18, 2010

Tempat yang aman damai untuk mencari ketenangan

Epal segar di tanah tinggi Bakalalan datang ke sini untuk menikmati buah buah epal segar.....

Sekadar gambar hiasan

Beginilah suasana Bario mendamaikan pengunjung....
Bukan untuk menunjuk pandai,hanya untuk membantu sesama muslim...saya menerima pangilan telefon dari seorang sahabat mengajak ke Hospital Miri katanya ada seorang pelajar perempuan IPT UPM Bintulu mengalami gangguan jin ,jam 9.00 mlm sampai lah sahabat mengambil untuk ke Hospital Miri, sebelum memulakan perjalanan saya membuat sembahyang hajat agar dipermudahkan segala rawatan dan gangguan keluar.
Saya mulakan membaca rukyah kepada pesakit yang berada diatas katil yang nampak keletihan sudah 2 hari mangalami gangguan tersebut.tindak balas sepontan jin dalam badan pelajar tersebut tidak mahu keluar....dia sanggup mati bersama...setelah berinteraksi tahu lah Jin yang menggangu adalah Jin yang beasal dari Bakelalan beragama Kristian ......
Semasa sesi dialog nama jin jantan tersebut adalah Ruth dan mempunyai ramai kawan kawan yang datang.Saya memcerita tentang Islam dan keselamtan dunia akhirat apabila memeluk Agama Islam...dia berkeras dengan agama Kristian..segala pujuk rayu gagal saya menyerang jin tersebut dengan ayat ayat Al Quran..ia kepanasan sambil mengeliat badan tidak tahan diseksa itulah kelebihan Mukjizat Al Quran...semasa proses rawatan datang Ust Zaidil kami bergabung untuk mengeluarkan Ruth yang terikat....kami serentak menyerang balas jin jin yang datang ..bertambah kepanasan pelajar ini...masih lagi bertahan tak mahu keluar...
Tiba tiba ilham datang agar membaca surah Al Fil sebanyak 7X dan berdoa agar hujan batu berapi ditimpakan kepada jin jin tersebut sambil menepuk katil sebanyak 7x...akhirnya Ruth setuju untuk keluar tapi masih terikat di belakang saya berdoa agar diputuskan ikatan sihir...saya menarik Ruth dengan kain dari kepala hingga ke kaki sebanyak 3x ditarik barulah keluar dan pelajar ini pengsan sekejap...
Apabila tersedar ia terpinga pinga apa yang berlaku terhadap dirinya..sambil meceritakan macam bermimpi nampak seseorang mengajak menukar Agama agar masuk Kristian..pelajar ini tidak mahu masih pertahankan Islam,juga dapat diihat rangka rangka yang banyak terbakar amat mengerikan....
Saya memberikan secawan air untuk diminum dan sapu di muka agar cepat pulih yang kelihatan amat keletihan .Saya mengingatkan agar sentiasa ingat Allah dengan zikir sebagai benteng kita dari gangguan jin dan syaitan. Pelajar ini mengucapkan terima kasih kerana membantu memulihkan dari gangguan.

Posted on 3:59 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments


Kursus Sebagai Perawat Untuk Diri Dan Keluarga Bersama Ustaz Azrin
Pada : 13hb Mac 2010 hingga 14hb Mac 2010
Tempat : Masjid At Takwa Miri
Yuran Penyertaan : RM 150.00
Hubungi : 019 8878414 idris dan 014 8889353 Ridzwan

Posted on 5:36 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Sunday, February 14, 2010




Posted on 10:54 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Monday, February 1, 2010

Bergambar kenangan bersama menteri di Airport Miri ,kamek bersama Pk En Roslan sempat bergambar tok..

Posted on 12:51 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments