Selamat Datai..tak mandang

Sunday, September 20, 2009

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Sun Sep 20, 09 4:42:45 am MYT
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.
Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._ sumber harakah.


Posted on 4:05 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments



Selamat menyambut Eidul Fitri 1430h anak anak yang paling seronok menyambutnya raya tak sabar nak pakai baju raya....nak duit raya...


tetamu yang hadir En Ridzuan dan Puan Zaharah


Kulaan kamek Tn Hj Zainal dan Cik gu Bai serta keluarga.berilaan yang salah silap mohon maaf.

bersama sahabat yang tak balik kampong

jiran kamek En Kong Siang Sing dan Jong serta anak anak menjamu selera.

Posted on 3:03 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Thursday, September 17, 2009

Bersama peserta Bungai Mummong dan Keluru di majlis berbuka puasa.

Staff yang hadir

Bersama mantan PK Kaw.Miri En Mohd Kamil.



Posted on 6:14 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Tuesday, September 15, 2009




Peserta sedang membaca Al Quran





Pembimbing bacaan untuk muslimat.




Inilah orang kuat Taman Tunku Miri Sarawak yang menjayakan tilawah Al Quran dan tadarus.



Belajar betul betul ....bacaan Al Quran.


Kenangan Majlis Penutup Tadarus Al Quran di Masjid al Firdaus Taman Tunku Miri Sarawak ....InsyaAllah moga berjumpa di tahun 2010.









Posted on 10:25 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments


Haaaa masuk dalam Sin Chew Daily pada 14hb sept 09 ... warga PAS Miri mengagihkan bantuan,bacalah kalau tak faham tanya sama apek maa...




Posted on 10:15 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Sunday, September 13, 2009

Inilah sumbangan wargakerja PAS miri menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampong Batu Satu Lutong Miri moga dapat meringankan beban menjelang aidilfitri..

seorang balu menerima sumbangan keperluan harian.


Seorang ibu yang cacat penglihatan sebelah kiri ,bersama lima anak turut dibantu

Bersama wartawan Sin Chew (caw.miri)
Semoga penyumbang/penderma yang sama sama membantu diberkati oleh Allah...

Posted on 8:25 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Wednesday, September 9, 2009

Dukacita dimaklumkan bahawa,sahabat kamek dari Pejabat FELCRA Berhad Wilayah Sarawak En Solimin bin Jonon telah kembali kerahmatullah pada malam 08 Sepetember 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430Hijrah

Bersama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan rohnya moga ditempatkan bersama orang orang yang beriman ....amin.

Tanda-tanda Kematian - Khas untuk Orang Islam
1. Tanda 100 hari sebelum mati Selepas waktu Asar dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Bagi mereka yg sedar, mereka berusaha mempersiapkan diri untuk menemui Allah.

2. Tanda 40 hari sebelum mati Selepas waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arasy Allah. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan, terutamanya akan mengikut kita sepanjang masa..

3. Tanda 7 hari Tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba dan tiada selera untuk makan.

4. Tanda 3 hariTerasa ada denyutan dibahagian tengah dahi kita di antara dahi kiri dan kanan. Kalau tanda ini dapat dikesan, sebaiknya kita berpuasa agar memudahkan urusan orang untuk memandikan kita. Agar najis kita tidak terlalu banyak.Mata hitam kurang sinarnya.Hidung seakan-akan sudah jatuhTeliga layu seakan-akan masuk ke dalamTapak kaki terlanjur perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari Berlaku sesudah waktu Asar. Terasa ada denyutan di sebelah kiri ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan hari.

6. Tanda akhirSejuk bahagian pusat, turun ke pinggang dan akan naik ke bahagian halkum. Waktu ini teruskan mengucap syahadah dan berdiam diri menanti kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita.Semoga kita dipilih oleh Allah untuk peka tanda-tanda ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir.

7.Walau bagaimanapun tarikh kematian itu dapat diubah dengan amalan doa sama ada doa kita atau orang lain. ianya adalah ketentuan Alah semata-mata.Apa yg baik datang dari Allah dan apa yang silap adalah disebabkan kelemahan manusia itu sendiri.

Petikan dari buku "Sakit.... Apakah ubatnya: Penelitian daripada Al-Quran dan Al-Hadis, terbitanWJSB, 2007, Hlm. 139 - 141

Posted on 1:33 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments