Dukacita dimaklumkan bahawa,sahabat kamek dari Pejabat FELCRA Berhad Wilayah Sarawak En Solimin bin Jonon telah kembali kerahmatullah pada malam 08 Sepetember 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430Hijrah

Bersama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan rohnya moga ditempatkan bersama orang orang yang beriman ....amin.

Tanda-tanda Kematian - Khas untuk Orang Islam
1. Tanda 100 hari sebelum mati Selepas waktu Asar dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Bagi mereka yg sedar, mereka berusaha mempersiapkan diri untuk menemui Allah.

2. Tanda 40 hari sebelum mati Selepas waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arasy Allah. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan, terutamanya akan mengikut kita sepanjang masa..

3. Tanda 7 hari Tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba dan tiada selera untuk makan.

4. Tanda 3 hariTerasa ada denyutan dibahagian tengah dahi kita di antara dahi kiri dan kanan. Kalau tanda ini dapat dikesan, sebaiknya kita berpuasa agar memudahkan urusan orang untuk memandikan kita. Agar najis kita tidak terlalu banyak.Mata hitam kurang sinarnya.Hidung seakan-akan sudah jatuhTeliga layu seakan-akan masuk ke dalamTapak kaki terlanjur perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari Berlaku sesudah waktu Asar. Terasa ada denyutan di sebelah kiri ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan hari.

6. Tanda akhirSejuk bahagian pusat, turun ke pinggang dan akan naik ke bahagian halkum. Waktu ini teruskan mengucap syahadah dan berdiam diri menanti kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita.Semoga kita dipilih oleh Allah untuk peka tanda-tanda ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir.

7.Walau bagaimanapun tarikh kematian itu dapat diubah dengan amalan doa sama ada doa kita atau orang lain. ianya adalah ketentuan Alah semata-mata.Apa yg baik datang dari Allah dan apa yang silap adalah disebabkan kelemahan manusia itu sendiri.

Petikan dari buku "Sakit.... Apakah ubatnya: Penelitian daripada Al-Quran dan Al-Hadis, terbitanWJSB, 2007, Hlm. 139 - 141