Selamat Datai..tak mandang

Thursday, November 26, 2009

Selamat menyambut Aidil Adha yang jatuh pada 27hb Nov 2009 hari Jumaat yang menjadi penghulu setiap hari,apakah pengorbanan kita kepada agama sudah mencukupi,atau langsung tidak diambil peduli ...atau hanya mahu daging korban saja....
Lembu yang sedang menanti untuk di sembelih.....ingatan kita pada Nabi Ismail yang sanggup dikorbankan..
Kerbau pun ada...
tarik ke tempat penyembelihan...
petugas-petugas sedang melapah lembu
Daging korban diagihkan di sekitar Khariah Masjid Taman Tunku Miri..

Posted on 1:58 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Wednesday, November 18, 2009



Kempen seruan mengibarkan 'jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa.


Alfatihah untuk semua syuhada !


Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]

Hari itu Selasa malang,


hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.


setelah malap cahaya lokap,


panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan,


enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.


sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba,


tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh


mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.


Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.


ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.


Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim,


Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,


Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa


Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan


Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,


akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,


Pemerintah ketagihan kuasa dadahnya wang dan harta pemimpin khayal dengan serakah erat sayangnya pada angkuh memaksarapat kasihnya pada sombong memerasbegitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .


ISA gari yang merantai kejujuran,ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri,


keluarga tercinta ISA adalah tangisan ISA adalah ketakutan Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi


Perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara pengorbanan nyawa demi merdeka dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong


kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,di balas kereta perisai dan senjataMemali adalah sejarah melawan ISApaling berani


merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru gegak gempita tembakan adalah sendu kesedihan maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan gugur empat belas orang pejuang syahid menuntut keadilan melawan penahanan tanpa bicara akal penguasa putus budinya dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbangrasa hati telah kabur, pudar dan terhakis


benang-benang kusut fikiran hanyut keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasamerah mengalir darah merdekakorban ISA dan kekejaman negarasyahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Mereka telah membunuh:


1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.


2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.


3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.


4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.


5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.


7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.


8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.


9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.


10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.


14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Posted by albanjari at 11:42 AM


Posted on 8:04 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Saturday, November 7, 2009

Pagi tadi kamek terima pangilan telefon dari En Anuar memberitahu kawan kamek staff FB Chepor Lenggong En Marzuki bin Mahmud telah kembali kerahmatullah pada 08-11-2009 jam 5.30 pagi di Hospital Pantai Ipoh (kanser Paru-paru) ,kepada balu dan keluarga harap bersabar diatas kehilangan orang yang disayangi.Sama-sama kita doakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman......amin.

Posted on 11:05 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Friday, November 6, 2009


Selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah kepada semua sahabat-sahabat yang menunaikan Fardhu Haji pada tahun 1430 hijrah .Kepada sahabatku yang berada di Perak En Syukri,En Bahari,En Yaakub,En Kadir dan En Hasbi yang berada di Miri didoakan agar mendapat haji yang mabrur....InsyaALLAH.

InsyaALLAH moga saya juga menjadi tetamu Mu suatu hari nanti.....tengah kumpul duit ke Mekah...

Selamat berangkat dan selamat kembali dengan azam yang baru.....Tuan Haji.

Posted on 5:41 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments