Kisah seorang abid (ahli ibadah) yang di ganggu syaitan.


Maka apabila masuk waktu solat, maka syaitan membisikkan ke hati abid tersebut, “Tak perlulah engkau solat, engkau tu letih, banyak kerja ko buat tadi, rehat aje, penat lah, solat ni menyusahkan aje”. Tetapi abid itu menjawab dalam hatinya “Tak boleh, aku mesti solat, solat itu wajib, jika aku tak solat, ke nerakalah jawabnya”

Tetapi syaitan itu tak berputus asa, dibisikkan lagi “ Kalau begitu ko solat lah lewat sikit, masih awal lagi, waktu untuk solat masih panjang, rileks lah dulu”. Abid menjawab “Tak boleh, aku mesti bersegera untuk bersolat, kalau aku sengaja melewatkan solat, maka aku akan berdosa, dan jika aku melewatkan juga solat mungkin aku akan dijangkiti malas”.

Syaitan berbisik “kalau begitu bersegeralah kamu solat, dan percepatkanlah solat mu agar segera selesai”. Abid menjawab “Tak boleh, aku tak boleh mencuri-curi dalam solat, aku perlu memperlahankan solat agar aku kusyuk”.

syaitan berbisik lagi “ Jika begitu, perlahankanlah solat mu agar orang lain dapat melihat kerajinan dan ke ‘alim’an mu”. Abid menjawab lagi “ tidak cukupkah Allah sahaja yang menilaiku, masihkah aku perlu perlu penilaian dari makhluk?, aku tidak akan membiarkan diriku menjadi riak, dan aku berlindung pada Allah dari sifat itu”.

syaitan berbisik lagi “ maka engkau adalah orang yang paling rajin beribadah dan tidak riak, dan akan mendapat tempat di sisi Allah nanti berbanding mereka semua, engkau adalah yang paling baik berbanding mereka”. Abid menjawab “aku sesekali tidak akan membiarkan diriku bersifat ujub, dan aku berlindung pada Allah dari sifat itu”.

Syaitan berbisik lagi “maka sempurnakanlah ibadah mu dengan sempurna yang paling sempurna, adakah betul bacaan mu itu? Bukankah bacaannya begini dan begitu?”, lalu sang abid pun merasa ragu dalam bacaannya dan mengulang semula bacaan tersebut.

syaitan berbisik “bukankah beberapa urusan dunia mu belum selesai? Adakah engkau ingat itu dan ini?” , lalu sang abid pun teringat urusan dunianya dan menjadi lalai lalu tidak kusyuk dalam solatnya.

Kesempatan ini diambil oleh syaitan untuk membisikkan “sudah berapa rakaat kamu bersolat?”. Maka sang abid tersedar dari lamunannya tetapi sudah terlupa berapa rakaat dia sudah solat. Lalu abid berkata dalam hatinya “ini tidak lain adalah was-was dari syaitan, aku berlindung pada Allah dari gangguan mereka ketika solatku”.

Kesimpulan dari cerita ini, serangan dari syaitan bukan satu atau dua langkah tetapi berlangkah-langkah dan penuh tipu muslihat. Berhati-hatilah.

Kunci untuk melawan was-was adalah;

a) Ilmu agama yang tinggi.
b) Hafalan ayat-ayat Al-Quran yang baik.
c) Doa pelindung.
d) Amalan pendinding diri dengan zikrullah dan ayat-ayat Al-Quran.

## al-aboue