Selamat Datai..tak mandang

Monday, June 28, 2010

Teman baru sampai di Limbang



Inilah tenaga pengerak Ust Ahmad,En Rashid dan En Zul....orang kuat Limbang



Peserta sedang khusuk mendengar ceramah yg di sampaikan Ust Azrin..

Sesi praktikal sedang berlangsung .....Ust Azrin sedang menunjukan teknik mengesan serangan sihir kepada Tn Hj Emran peserta dari Brunei.

Posted on 11:31 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Monday, June 21, 2010

En Fauzi menunjukan tempat yang akan dimajukan oleh FELCRA Berhad Kawasan Miri


Dibelakang kami itulah tanah yang akan di majukan.

Jom masuk ladang



En Zain dan En Colonin merintis jalan untuk buka ladang baru.



Posted on 6:45 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Jemput datang beramai-ramai ke Masjid An Naim Lutong ,Miri Sarawak,bantulah sedara kita di Palestin,jika tak dapat gi berdoalah untuk kejayaan pejuang-pejuang di sana....moga berjaya mengalahkan israel.....amin

Posted on 3:19 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Wednesday, June 2, 2010

Selamat Datang ....Majlis Makan Tahun di Kg Keluru Jaya,Bekenu Sarawak.


inilah lokasi makan tahun diadakan....semua penduduk kampong di jemput hadir makan ramai-ramai

sedap menjamu selera.....Nasi Minyak/Beriani/Nasi putih,daging sapi masak kicap,ayam kampong masak merah ,umbut kelapa sawit .....nmmmm datang lagi taun depan

Posted on 10:33 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Tuesday, May 18, 2010


Dihadapan Pejabat Majlis Daerah Ranau Sabah

Bersama Ust Azrin Di Kundasang Sabah

Bersama En Jupirin,Ust Azrin dan teman di Kundasang Sabah.


Gunung Kinabalu tersergam indah diliputi awan....




Posted on 11:22 PM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Friday, April 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Pekerja.....kepada semua yang bekerja tak kira kerja apa...

Posted on 9:45 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments

Tuesday, April 27, 2010

Kisah seorang abid (ahli ibadah) yang di ganggu syaitan.


Maka apabila masuk waktu solat, maka syaitan membisikkan ke hati abid tersebut, “Tak perlulah engkau solat, engkau tu letih, banyak kerja ko buat tadi, rehat aje, penat lah, solat ni menyusahkan aje”. Tetapi abid itu menjawab dalam hatinya “Tak boleh, aku mesti solat, solat itu wajib, jika aku tak solat, ke nerakalah jawabnya”

Tetapi syaitan itu tak berputus asa, dibisikkan lagi “ Kalau begitu ko solat lah lewat sikit, masih awal lagi, waktu untuk solat masih panjang, rileks lah dulu”. Abid menjawab “Tak boleh, aku mesti bersegera untuk bersolat, kalau aku sengaja melewatkan solat, maka aku akan berdosa, dan jika aku melewatkan juga solat mungkin aku akan dijangkiti malas”.

Syaitan berbisik “kalau begitu bersegeralah kamu solat, dan percepatkanlah solat mu agar segera selesai”. Abid menjawab “Tak boleh, aku tak boleh mencuri-curi dalam solat, aku perlu memperlahankan solat agar aku kusyuk”.

syaitan berbisik lagi “ Jika begitu, perlahankanlah solat mu agar orang lain dapat melihat kerajinan dan ke ‘alim’an mu”. Abid menjawab lagi “ tidak cukupkah Allah sahaja yang menilaiku, masihkah aku perlu perlu penilaian dari makhluk?, aku tidak akan membiarkan diriku menjadi riak, dan aku berlindung pada Allah dari sifat itu”.

syaitan berbisik lagi “ maka engkau adalah orang yang paling rajin beribadah dan tidak riak, dan akan mendapat tempat di sisi Allah nanti berbanding mereka semua, engkau adalah yang paling baik berbanding mereka”. Abid menjawab “aku sesekali tidak akan membiarkan diriku bersifat ujub, dan aku berlindung pada Allah dari sifat itu”.

Syaitan berbisik lagi “maka sempurnakanlah ibadah mu dengan sempurna yang paling sempurna, adakah betul bacaan mu itu? Bukankah bacaannya begini dan begitu?”, lalu sang abid pun merasa ragu dalam bacaannya dan mengulang semula bacaan tersebut.

syaitan berbisik “bukankah beberapa urusan dunia mu belum selesai? Adakah engkau ingat itu dan ini?” , lalu sang abid pun teringat urusan dunianya dan menjadi lalai lalu tidak kusyuk dalam solatnya.

Kesempatan ini diambil oleh syaitan untuk membisikkan “sudah berapa rakaat kamu bersolat?”. Maka sang abid tersedar dari lamunannya tetapi sudah terlupa berapa rakaat dia sudah solat. Lalu abid berkata dalam hatinya “ini tidak lain adalah was-was dari syaitan, aku berlindung pada Allah dari gangguan mereka ketika solatku”.

Kesimpulan dari cerita ini, serangan dari syaitan bukan satu atau dua langkah tetapi berlangkah-langkah dan penuh tipu muslihat. Berhati-hatilah.

Kunci untuk melawan was-was adalah;

a) Ilmu agama yang tinggi.
b) Hafalan ayat-ayat Al-Quran yang baik.
c) Doa pelindung.
d) Amalan pendinding diri dengan zikrullah dan ayat-ayat Al-Quran.

## al-aboue

Posted on 7:06 AM by IDRIS MOHAMED YASIN

No comments