Telefon berdering dering meminta dijawab dengan segera ada kecemasan agaknya waktu tersebut menunjukan 12.30 tengahmalam.Saya yang tidur awal disebabkan keletihan menguruskan jenazah TKI pada petangnya.Panggilan dijawab meminta saya ke rumah sepupu pelajar yang saya rawat sebelum ini telah kerasukan lagi...sebelum memulakan perjalanan saya menunaikan solat hajat agar permudahkan proses rawatan....amin.
Sahabat yg telefon tadi datang mengambil saya untuk ke Tudan,yang jarak perjalanan 30 minit untuk sampai tetapi mengambil masa sehingga 1 jam yang berpusing pusing tidak berjumpa rumah.Sebaik sampai di rumah kelihatan pelajar ini telah kerasukan oleh ibu jin yang mencari anaknya bernama Ruth.Saya dimaklumkan bahawa Ustaz Nazmi telah merawat pelajar ini selepas Maghrib dan telah berjaya mengislamkan Ruth dengan diberi nama Mohd Hakim atas persetujuan dihantar ke Serambi Mekah.
Sambil berpusing pusing mencari anaknya yang hilang ,saya dakwahkan tentang Islam dan beriman kepada Allah.Ibu Mohd Hakim tidak mahu masuk masuk Islam katanya ' Islam adalah musuh Kristian..'sambil berdoa kepada Allah agar diberi ilham untuk menyelesaikan gangguan ini ..Saya bertanya pada jin ini ...
Saya : adakah suami kamu ikut sama ?
Jin : ya ...dia ada diluar.
Saya : Panggilkan suami kamu aku ingin berdialog dengannya
Jin : dengan suara yang garau dan kasar.
Saya : Siapa kamu ?
Jin : Aku adalah bapa kepada Ruth dan bernama Simon dimana anakku sekarang.
Saya : Anak kamu telah mendapat hidayah dari Allah dan telah Islam bernama Mohd Hakim sekarang berada di Serambi Mekah.Saya dakwahkan tentang Islam dan beriman kepada Allah.Jika kamu mahu berjumpa dengan anak kamu hendaklah memeluk Agama Islam.Atas keinsafan jin ini bersetuju untuk memeluk Agama Islam....dengan lafaz mengucap dua Kalimah Syahadah sahlah jin beragama Islam .Simon saya tukar nama kepada Mohd Sulaiman dan isteri nya bernama Siti Maryam.....mereka bersumpah dengan nama Allah tidak akan menggangu manusia lagi....akhirnya saya keluarkan dan menghantar ke Serambi Mekah...2jin kristian telah dapat diIslamkan... Subhanalllah.....Alhamdulillah..Allahuakbar...
Sambil terkejut pelajar ini bertanya apa yang terjadi....dan masih lemah saya memberikan secawan air agar cepat pulih .Setelah minum secawan air yang telah dirukyah ......berlaku dialog .. kenapa dalam badan saya ada gelembong-gelembong bergerak-gerak.Saya terus rukyah terjadilah dialog....
Saya : Siapa kamu...
Jin : Aku dihantar oleh tuan aku untuk menggangu pelajar ini.
Saya : Kamu dari mana dan apa agama kamu
Jin: Aku datang dari Pahang ,tiada agama ,berumur 200 tahun dan tuan aku wanita beragama Islam.
Saya: Saya dakwahkan jin ini tentang Islam dan Beriman kepada Allah....
Jin : aku nak keluar tapi terikat di belakang dan dlm perut
Saya : berdoa putuskan ikatan sihir dan beri perlindungan
Jin : akhirnya bersetuju memeluk Islam di beri nama Siti Aminah....dan bersumpah dengan nama Allah tidak akan menggangu manusia lagi......
Saya: Subhanallah...Alhamdulillah....Allahuakbar.....1 jin yang tiada agama telah di Islamkan menjadikan 3 jin telah beriman kepada Allah.