Semasa pulang dari Ladang Sepupok Niah,telefon berdering ada panggilan masuk dari En Aziz bahawa isteri seorang pekerja telah meninggal dunia...Inalillah.Beliau meminta untuk menguruskan jenazah tersebut untuk memandikan,kafan,sembahyang jenazah ,talqinkan dan kebumikan.
Perjalanan ke Ladang Felcra Sg Entulang.
Ya Allah permudah urusan kami, saya telefon Ustaz Muzaha dari SMK Sains Miri untuk mengimamkan solat jenazah dan baca talqin Alhamdulillah beliau bersetuju.Selepas solat jumaat di Bekenu saya menjemput Ustaz Muzaha yang berada di Miri terus membawa ke ladang Sg Entulang.
Sampai di rumah Jenazah kami melihat ramai sahabat handai datang ziarah terutama dari keturunan Bugis.Jenazah telah siap dimandikan dan dikafankan .Perbincangan diadakan untuk menentukan solat dimana..keputusan telah diambil solat di Surau Kejapil.
menanti untuk disembahyangkan diimamkan oleh Ustaz Muzaha.
Jenazah di turun kedalam liang lahat.
mempastikan kerja kerja pengkebumian berjalan lancar dan betul.
Ustaz Muzaha sedang membacakan talqin untuk hadirin termasuk saya untuk dijadikan iktibar tentang kejadian manusia dan alam akhirat.
Berakhirlah kehidupan di dunia dan sedang melalui alam barzakh...moga ditempatkan bersama orang orang beriman ....amin