dr-HARAKAH DAILY Ismail Hashim

MIRI, 6 April: Calon Pakatan Rakyat bagi N63 Piasau, Ling Sie Kiong (DAP) mengingatkan pengundi agar mengambil peluang terbaik ketika pilihan raya negeri (PRN10) 16 April ini.


Beliau yakin rakyat Sarawak boleh membuat perubahan pada kali ini setelah mereka melihat segala salahlaku BN selama ini.Beliau merujuk kepada isu semasa melibat kepimpinan negeri Sarawak khasnya yang dibangkitkan banyak pihak apatah lagi menjelang PRN10.


(Gambar: Kiong bersama pemimpin DAP dan PAS ketika penamaan calon. Pic Ismail Hashim)Kiong ditemui dalam sidang media selepas tamat proses penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini.Peguam muda berusia 28 itu baharu sahaja bertunang Disember lalu berazam membawa suara rakyat Miri khusus yang tidak pernah didengar selama ini.


Turut berada di situ adalah Setiausaha Publisiti DAP yang juga Exco Selangor, Teresa Kok, Bendahari PAS Kawasan Miri, Dzaidin Sobri, Bendahari Pemuda PAS Kawasan Miri, Naufal dan AJK PAS Miri, Idris Yasin.Pagi ini berlangsung juga proses penamaan calon di dua kawasan negeri yang berada di bawah Parlimen Miri.


Untuk kawasan Senadin berlangsung di Stadium Tertutup di mana calon Pakatan dari PKR Dr Michael menentang Lee Kim Shin (SUPP BN).Dalam masa sama di Pujut, Pakatan Rakyat meletakkan Fong Pau Teck sebagai calon menentang Andy Chia Chu Fatt (SUPP BN).


Tempat penamaan itu walaupun berasingan tetapi dekat dalam jarak antara satu cuma 300 meter sahaja.Suasana pilihan raya masih belum kelihatan di sini dan dikatakan memang begitulah keadaannya.