(Copy Paste dari blog Ustaz Azrin)
Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga ini diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin.Peserta akan diberi pendedahan tentang amalan-amalan ahli sihir, amalan-amalan khurafat dan juga amalan-amalan yang berselindung disebalik label Islam tetapi tanpa disedari boleh mengundang kehadiran jin yang akhirnya menjadi jin saka yang mengganggu diri, keluarga dan keturunan akan datang.
Peserta akan di ajar cara-cara merawat bermula dari langkah-langkah asas sehinggalah kepada teknik-teknik ketika merawat dan akhirnya kaedah-kaedah penutup rawatan.Ilmu Kuasa Minda, rahsia dan amalan pernafasan untuk meningkatkan tenaga dalaman juga akan dikongsi bagi memantapkan lagi persediaan peserta sebagai seorang perawat.
Amalan-amalan ulama’ silam sebagai benteng pertahanan diri dan amalan harian juga akan diijazahkan pada hari tersebut.
Untuk makluman pembaca, pada kebiasaannya ilmu sebegini hanya akan saya kongsi dan ijazahkan kepada peserta-peserta yang mengikuti kursus rawatan peringkat advanced sahaja.
Pada kursus rawatan kali ini, insyaAllah saya juga akan berkongsi dengan para peserta tentang “Ibu Ruqyah” iaitu rahsia surah Al-Fatihah, amalan-amalan khusus berkenaan dengan Surah Al-Fatihah dan penggunannnya didalam rawatan.
Untuk pengetahuan pembaca, topik mengenai “Ibu Ruqyah” ini tidak pernah saya buka secara terperinci dalam mana-mana kursus sebelum ini.Pada peringkat yang lebih khusus, sebenarnya “Ibu Ruqyah” ini berkait-rapat dengan titik-titik huruf hijaiyyah pada tubuh manusia. Titik-titik inilah titik tajalli nur yang dizahirkan pada setiap insan.
Ilmu-ilmu sebegini adalah ilmu yang berkaitan dengan rahsia diri insan.Kebanyakan kes-kes sihir yang kronik adalah angkara bomoh-bomoh yang menyihir manusia dengan kaedah “rahsia diri”.
Kebiasaannya, bomoh yang mengetahui kaedah sihir jenis ini adalah dari kalangan bomoh siam peringkat tinggi. Jangan terperanjat jika saya katakan ada diantara bomoh-bomoh siam yang menghafal dan mengamalkan sembilan puluh sembilan asma’ul husna. Mereka mahir tentang bab ketuhanan dan rahsia diri insan cuma mereka tidak beriman dengan Muhammad Rasulullah saw.Fuhh!!!… ini sudah lari dari topik asal…. tak mengapa… anggaplah itu sebagai iklan semata-mata….
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai KURSUS RAWATAN UNTUK DIRI DAN KELUARGA
PADA : 13hb MAC 2010 DAN 14hb MAC 2010
TEMPAT : DEWAN MASJID AT TAKWA, MIRI, SARAWAK.
FASILITATOR : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM
YURAN : RM 150.00
SILA HUBUNGI : EN IDRIS 019 8878414 dan EN RIDZWAN 014 8889353
(SILA BUAT TEMPAHAN AWAL, TEMPAT ADALAH TERHAD)
Tarikh Tutup : 11 hb Mac 2010
Thursday, March 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TENTANG SAYA
Popular Posts
-
En Enddy Sukardy menurunkan perangkap kumbang untuk memeriksa bilangan kumbang yang terperangkap. Lawatan En Andria,T...
-
Inilah perangkap Kumbang Tanduk yang merosakan pokok kelapa sawit Kawalan musuh penyakit terutama Kumbang Tanduk perlu diadakan ...lihatlah...
-
Berbakti pada orang Kampong Kawasan Tiris Bersama Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Sarawak En Ali bin Mohamad dan penduduk Kg Tiris Be...
SEMBANG-SEMBANG
My Blog List
-
-
-
-
4 Golongan manusia akhir zaman4 years ago
-
-
NAMANYA DUNIA.11 years ago
-
-
Dato Abu Hasan Din
Kursus D Limbang
Mesy.Pertama PAS MIRI
Kursus D Sabah
Yb Drs.Khalil Idham Lim
Yb Dato' Hj Mahfus Omar
Menteri Besar Kelantan
Undilah PAS
ALLAH SWT
ASMA UL HUSNA
Bondaku
Ayahndaku
YB Salahuddin
Almarhum Ust Fadzil Nor
Powered by Blogger.
0 ulasan:
Post a Comment